Do More. Sell More.

Buatan Malaysia · WhatsApp · English / 华语 / Manglish

Customer dah betul, jangan salah cakap pula.

Lead tu anda bayar, customer pun memang ngam. Yang silap cuma satu ayat yang sales anda cakap masa tu. Sekarang ni, diorang tengah belajar guna customer betul.

Biar diorang practice kat sini dulu. Customer AI akan tipu, tangguh, bluetick je, dan bila dia kata "mahal la", selalunya bukan pasal harga pun. Habis satu sesi, sistem tunjuk ayat mana yang buat deal terlepas.

Dibuka untuk 5 syarikat Malaysia, free. Soalan guna produk dan harga anda sendiri.

T Boss Tan · Sewa mesin kopiWhatsApp · Follow up quotation
Hi, quotation tu sy dh tgk. Nnt sy fikir dulu, kalau nk sy roger ya
Ok boss! Mgu depan sy follow up ya 👍
Bluetick · 3 hari kemudian
Boss, mcm mana? Dh decide?
Tgh tgk lg, nnt sy inform
33 / 100Deal lari
Diagnosis30%
Nilai7%
Gerakkan deal20%
Komunikasi80%
Sebab sebenar: partner yang pegang duit kena setuju, tapi dia tak nak mengaku dia tak boleh decide sorang, so dia tangguh dengan "nanti saya fikir". Customer cakap "fikir dulu" tiga kali, tapi sekali pun anda tak tanya apa yang sebenarnya tersangkut.
20objection paling biasa dalam sales
8dimensi, setiap sesi kena nilai
15minsatu sesi, guna phone je
1ayatyang buat deal terlepas

Cuba: customer kata "mahal la". Anda nak balas apa?

Satu situasi betul dari sistem, dipendekkan jadi satu mesej. Pilih balasan yang biasa anda hantar, tengok customer respon macam mana.

T Boss Tan · Owner kafeWhatsApp · Lepas hantar quotation sewa mesin kopi
RM380 sebulan mahal la.. kedai sebelah RM290 je

Anda nak balas apa?

Contoh je. Dalam practice sebenar, customer akan balas lebih 10 kali, lepas tu dinilai ikut 8 dimensi.

3 langkah, 15 minit satu sesi

Team sales practice guna phone. Tak payah install apa-apa.

1

Pilih situasi yang selalu tersangkut

20 objection paling biasa: mahal la, nak fikir dulu, kena tanya orang lain, tempat lain lagi murah, dah ada supplier… atau satu deal penuh dari mesej pertama sampai sign.

2

Lawan betul-betul dengan customer AI

WhatsApp, call atau jumpa depan-depan, AI ikut cara setiap channel. Dia sorok sebab sebenar, akan tipu untuk tutup, dan terus hilang kalau kena push sangat. Salah cakap, dia blah.

3

Tengok ayat mana yang buat deal lari

Dinilai ikut 8 dimensi. Tengok apa customer sebenarnya fikir dan ayat mana yang jadi penentu, lepas tu cuba cakap ayat tu semula dan tengok result berubah tak.

Kenapa ni bukan "AI role-play" biasa

Kebanyakan tool practice dibuat orang US untuk sales SaaS US: English, cold call, latihan pujuk. Bisnes anda bukan macam tu.

Customer akan tipuhidden root cause

Objection sebenar jarang nampak. Orang yang kata "mahal" mungkin tak berani decide sendiri, pernah kena tipu dengan vendor lama, atau memang takde budget. Kena tanya baru tahu. Salah tanya, AI terus sorok.

Customer boleh blahwalk away

Push sangat, janji lebih-lebih, tak dengar, terus kena bluetick, letak phone atau habiskan meeting. Tool lain layan borak sampai anda puas hati. Customer betul tak macam tu.

Guna produk anda sendiriyour price list

Manager masukkan produk, harga, had diskaun dan competitor. AI buat soalan ikut apa yang anda betul-betul jual, dan customer tawar-menawar guna price list anda sendiri.

Cakap macam orang siniManglish · RM

"can lah", "best price?", "later I let you know" dalam WhatsApp, harga dalam RM, industri dan situasi tempatan. Bukan skrip US yang diterjemah.

Markah yang sales tak boleh ubahtamper-proof

Markah dikira dan disimpan kat server, ubah nombor dalam browser pun tak guna. Setiap nombor yang manager nampak memang betul.

Apa yang manager nampak

Bukan "siapa markah paling tinggi", tapi "siapa perlukan masa anda".

Tiga kelemahan team: nilai 7%, gerakkan deal 20%, dengar 27%. Bukan masalah skrip, tapi takde siapa sambung apa yang customer baru cakap.

Overview team

3 orang practice dua kali lepas tu hilang. Diorang lebih patut ditegur hari ni berbanding yang markah paling rendah.

Penglibatan

Sesi markah paling tinggi kalah dengan competitor, yang dapat 56 pula close. Result dan skill dinilai asing, jadi nasib tak dikira skill.

Result

Berapa sesi setiap orang buat, tersangkut kat kad mana, objection mana dah master dan mana yang asyik gagal, semua dalam satu page.

Detail setiap orang

Harga

Free sepenuhnya masa trial, termasuk soalan guna data produk anda.

Slot trial: 5 syarikat
Free · takde caj masa trial

Lepas trial, dijangka dari RM599/bln ikut saiz team.

  • Satu team guna sekali, termasuk dashboard manager
  • Soalan ikut produk, harga dan competitor anda
  • 5 sesi seorang sehari, takde caj tambahan
  • Tak payah install, buka je dalam browser phone
  • Boleh stop bila-bila, data anda kami export
Ambil slot trial

FAQ

Data harga dan customer kami selamat tak?

Syarikat lain takkan boleh nampak data anda. Dalam syarikat, pengurus boleh nampak rekod practice pasukan mereka, dan pasukan kecil DUMOSALES boleh akses data untuk sokongan dan semakan kualiti. Data disimpan di Singapura. Perbualan diproses oleh penyedia AI pihak ketiga (pelayan di Amerika Syarikat) supaya AI boleh berlakon jadi customer, dan tak digunakan untuk train model.

Sales saya akan rasa kena intip ke?

Ya, kalau anda guna untuk appraisal. Cakap terus dari awal: markah untuk diorang sendiri, manager cuma tengok diorang practice ke tak dan tersangkut kat mana. Silap masa practice tak dikira, memang itu tujuannya.

Berapa lama baru nampak hasil?

Lepas 3 sesi, sistem tunjuk dimensi paling lemah setiap sales. Ubah tabiat perlukan masa, jadi kami cadangkan beberapa sesi seminggu, sekurang-kurangnya sebulan.

Perlu bantuan IT ke?

Tak perlu. Manager bagi setiap sales kod log masuk sendiri dari dashboard manager. Buka link dalam phone, masukkan kod, set password, terus boleh practice.

Support bahasa apa?

English, BM dan Cina. Customer AI campur Manglish macam orang cakap biasa.

Cuba dengan 5 sales selama seminggu

Tak payah sign apa-apa, tak payah bayar. Lepas seminggu, tengok sendiri markah diorang naik ke tak.